
14 Febuari juga dikenali sebagai "Hari Valentine". Jadi apa yang memudhoratkan terhadap semuanya itu? Kemukinan orang akan bertanya. Bukankah ia adalah hari untuk kita meningati pasangan kita dan meluahkan perasaan cinta yang membara kepada pasangan kita, atau memberi sedikit kebebasan kepada para remaja untuk memadu cinta dan asmara?
Hari Valentine bukan hanya untuk mencurahkan perasaan cinta kepada pasangan seseorang sahaja, tetapi lebih jauh dari itu, adalah untuk menghapuskan halangan yang menghalang pernyataan perasaan cinta kepada orang-orang yang pada hari-hari biasa sukar untuk didekati.
Kisah St. Valentine.
Di kurun yang ke 5 masihi, pihak gereja katholik berhasrat untuk menghapuskan perayaan kesuburan musyrik yang diraikan oleh orang-orang Rom sejak dari kurun ke 4 sebelum masihi.
Pihak gereja tidak meredhai ciri pergaulan bebas yang ada pada penyembahan tersebut dan berusaha untuk mengakhirinya dengan melantik "wali (saint) cinta", yang akan dianugerahkan kemulian bagi mengantikan ritual kepada Lupericus. Mereka memilih seorang bishop yang bernama Valentine yang telah dihukum bunuh pada kurun ke 3 masihi. Hukuman yang yang terimanya adalah kerana beliau menyangah Emperor Claudius yang mengharamkan perkahwinan kerana menganggap perkahwinan meyebabkan orang lelaki menjadi askar yang tidak berkualiti, kerana mereka enggan untuk meninggalkan keluarga mereka untuk ke medan perang.
Valentine telah menerima mereka untuk dikahwinkan secara rahsia, sebuah jenayah yang mengakibatkan dia dijatuhi hukuman bunuh. Bagaimanapun sebelum dilaksanakan hukuman tersebut dia dikatakan sempat mengirimkan ucapan selamat tinggal kepada anak perempuan orang yang memenjarakannya yang mana dia telah jatuh cinta kepadanya ketika dia berada di penjara.
Sebenarnya realiti Hari Valentine hanya merupakan sebuah cerminan masalaah yang bukan hanya terhad kepada 14hb Febuari sahaja. Kerana konsep yang sama, yang mendorong manusia untuk melampaui sempadan akhlak pada hari itu, adalah juga konsep yang diamalkan oleh masyarakat barat sepanjang tahun, iaitu; pergaulan dan sex bebas. Kalimah "kebebasan sex" merupakan titik graviti bagi nilai asas kepada sekularisma yang mana dunia barat membangunkan pandangan hidup di atasnya.
Dengan memisahkan agama dari urusan kehidupan, semua nilai dan pengawalan diri tunduk kepada ransangan hawa nafsu individu semata-mata. Dikala membebaskan diri dari kezaliman dan ketundukan kepada para pemimpin gereja Eropah dikurun ke 16 masihi, sekularisma di masa yang sama telah memperhambakan manusia kepada perhambaan yang lebih dahsyat; iaitu, ketundukan terhadap hawa-nafsu.
Pandangan Islam Terhadap Hari Valentine.
Umat Islam mestilah memiliki kepekaan dalam mengenal-pasti mekanisma yang digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah kefahaman kita terhadap Islam. Apabila Umat Islam digalakkan untuk melibatkan diri didalam smabutan Hari Valentine mereka diperdayakan untuk meninggalkan nilai-nilai akhlak, standard bertingkah-laku, kehormatan dan maruah yang Islami, yang diperintahkan untuk dipelihara didalam menjalinkan perhubungan lelaki dan wanita.
Adalah amat perlu bagi kaum muslimin untuk menyedari bahawa Islam mengkehendaki mereka menjadikan tempat rujukan mereka sebagai hak ekslusif bagi Hukum Syarak. Ia adalah satu-satunya sumber yang sah bagi perayaan, tradisi atau amalan yang dibenarkan oleh Islam bagi Muslimin untuk mengikutinya. Islam adalah bertentangan secara total dengan konsep sekularisma. Ia juga tidak memberi sebarang ruang kepada konsep batil "kebebasan individu".
Sebaliknya, Islam hadir untuk mengatur urusan manusia didalam setiap aspek secara menyeluruh, membebaskan mereka dari ketundukan terhadap manusia atau hawa-nafsu mereka sendiri, dan memimpin mereka kepada hukum Pencipta mereka yang sempurna.
كان لأهل المدينة في الجاهلية يومان من كل سنة يلعبون فيهما فلما قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة قال قد كان لكم يومان تلعبون فيهما وقد أبدلكم الله بهما خيرا منهما يوم الفطر ويوم النحر
Driwayatkan bahawa Anas Bin Malik (ra) berkata; "Apabila Nabi saw berhijrah ke Madinah, peduduk disana memiliki dua hari perayaaan Jahiliyyah. Dia sawbersabda, "Apabila aku datang kepada kamu, kamu memiliki dua hari perayaan yang kamu sambut ketika masa jahiliyyah. Allah telah mengantikannya denga hari yang lebih baik, iaitu hari raya Fitr dan hari raya Adha."
Berasaskan ini adalah jelas bahawa Islam telah melarang sambutan terhadap perayaan, samada ianya krismas, tahun baru, deepavali, dan sebagainya. Dari asal-usulnya Hari St Valentine adalah perayaan musyrikin yang menganjurkan pergaulan bebas didalam masyarakat dan ianya terpesong jauh dari apa yang dikehendaki oleh Islam.
ثم تكون خلافةً على منهاج النبوة
No comments:
Post a Comment